Ayat
Kursi merupakan satu ayat dari Al Qur’an yang paling sering kita baca
dan kita dengar. Baik di masjid-masjid seusai solat
atau pun dalam majlis-majlis doa. Berikut ini keutamaan Ayat Kursi yang
disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW:
عن
أُبَيِّ بنِ كَعبٍ رضي الله عنه ، قَالَ : قَالَ رسولُ الله صلى الله عليه وسلم :
(( يَا أَبَا الْمُنْذِرِ ، أَتَدْري أيُّ آيَةٍ مِنْ كِتَابِ الله مَعَكَ أعْظَمُ
؟ )) قُلْتُ : { اللهُ لاَ إلَهَ إِلاَّ هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ } فَضَرَبَ فِي
صَدْرِي ، وقال : (( لِيَهْنِكَ العِلْمُ أَبَا الْمُنْذِرِ )) رواه مسلم .
Dari
Ubay bin Ka’b ra, berkata: Telah bersabda Rasulullah SAW: “Wahai Abu
Mundzir, apakah engkau mengetahui satu ayat dari Al Qur’an yang paling agung?” Aku
menjawab: “Allahu laa Ilaaha Illa Huwal Hayyul Qoyuum”, maka Rasulullah SAW menepuk dadaku
dan berkata: “Semoga engkau diberikan kefahaman (ilmu), wahai Abu Mundzir”.
(Riwayat Muslim)
Dalam
Riwayat Imam An Nasa’i dari Abu Umamah
ra, disebutkan bahwa Rasulullah SAW bersabda: “Siapa yang membaca Ayat Kursi setiap selepas solat fardlu, maka
tidak ada yang menghalanginya dari memasuki syurga kecuali maut”. (Riwayat
An Nasa’i, Ibnu Hibban dan Thabrani)
Diantara
keutamaan lain dari membaca Ayat Kursi adalah bahwa sesiapa yang berdoa
dengannya, maka doanya akan dikabulkan oleh Allah SWT (Riwayat Ibnu
majah). Dan ia juga merupakan perisai dari gangguan Syetan. Jika seseorang
membacanya sebelum ia tidur, maka ia akan sentiasa dilindungi oleh Allah SWT dan tidak akan
didekati oleh Syetan ( Riwayat Bukhori).
Simak juga Keutaman 2 Ayat Terakhir Surat Al Baqarah
Simak juga Keutaman 2 Ayat Terakhir Surat Al Baqarah
@Muhammad Yusuf
No comments:
Post a Comment